Interview Session For Sultan Idris Shah Endowment Fund Scholarship (TESIS), 2023/2024 Session | Alumni Relations Centre
» NEWS » Interview Session for Sultan Idris Shah Endowment Fund Scholarship (TESIS), 2023/2024 Session

Interview Session for Sultan Idris Shah Endowment Fund Scholarship (TESIS), 2023/2024 Session

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Suntingan: Suziana Che Wil 

Serdang, 23 Januari - Sesi temuduga Biasiswa Alumni Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS) telah diadakan di Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM). Proses temuduga berjalan dengan lancar yang mana seramai lima orang calon peringkat akhir telah dipilih untuk menghadiri sesi temuduga. Kesemua mereka ini adalah daripada keluarga berpendapatan rendah dan memerlukan bantuan kewangan bagi meneruskan pengajian di Universiti Putra Malaysia.

Sesi temu duga ini telah dipengerusikan dan diketuai oleh Puan Aida Fitri Peli, Pegawai Tadbir ARCUPM. Antara panel penemuduga lain yang terlibat adalah Puan Mazitah Ahmad (Ketua Bahagian Kewangan Pelajar dan Pengurusan Hasil UPM, Pejabat Bursar UPM), Encik Mohd Firdaus Zakaria (Ketua Bahagian Kemasukan, Akademik UPM), Puan Noraihan Noordin (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM), Encik Mohd Sahrizan Mat Yatim (Penolong Pegawai Tadbir ARCUPM) dan Encik Mohamad Norfarhan Norzaini (Ketua Seksyen Jalinan dan Geran Alumni ARCUPM).

Calon-calon yang memenuhi kriteria yang ditetapkan dipanggil untuk temuduga dan mereka merupakan pelajar bacelor ambilan pertama tahun 2023/2024. Lima daripada calon yang hadir, hanya seorang calon sahaja yang dipilih untuk Biasiswa TESIS ini. Calon yang melepasi proses pemilihan bakal menerima biasiswa penuh yang berjumlah RM30,000.00 untuk lapan semester dan pemilihan ini berdasarkan markah purata tertinggi dan ulasan akhir sebulat suara ke semua panel penemuduga.

Pihak ARCUPM dengan sukacitanya mengucapkan syabas dan tahniah kepada calon yang berjaya dalam temuduga ini. Pihak ARCUPM juga yakin bahawa calon yang berjaya akan menggunakan peluang ini sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan yang lebih tinggi dan seterusnya kembali berbakti kepada alma mater kelak.

Date of Input: 23/01/2024 | Updated: 03/05/2024 | hazeqqa

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDRAf~