Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) ditubuhkan pada 1 Januari 1999 sebagai Unit Alumni dan telah dinaik taraf menjadi Pusat Alumni pada Januari 2002. Pada 1 Ogos 2003, pejabat ini telah dipertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti berkaitan dengan kerjaya untuk pelajar UPM dan telah ditukar nama kepada Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni (PPKA). Pada 1 Julai 2006, Naib Canselor kelima dan Pihak Pengurusan UPM telah bersetuju agar pejabat alumni dipertanggungjawab untuk menjayakan segala program bagi memperkasakan UPM melalui alumninya dan telah menetapkan nama pejabat ini sebagai Pusat Alumni UPM. Pada 1 Januari 2021, Pusat Alumni telah dijenamakan nama sebagai Pusat Perhubungan Alumni.