Read@Uni Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Series 2, Tell A Tale | Alumni Relations Centre
» NEWS » Read@Uni Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Series 2, Tell a Tale

Read@Uni Al-Falah: Cinta Pada Ilmu Series 2, Tell a Tale

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Suntingan: Suziana Che Wil 

SERDANG, 26 Januari - “Kisahkan Sebuah Cerita” diteruskan lagi kali kedua untuk tahun 2024. Perkongsian ilmu ini dijalankan di Laman Al-Falah Read@Uni ARCUPM, dan kali ini “Kisah Imam Syafie” dipilih menjadi tajuk perkongsian yang disampaikan oleh Saudara Muhammad Syahmi Azizol. Saudara Syahmi adalah pelajar latihan industri dari Kolej Poly-Tech MARA, Bangi. 

“Daripada perkongsian saya mengenai Imam Syafie pada Aktiviti Read@Uni Al-Falah Cinta Pada Ilmu Siri 7, saya sangat tertarik dengan kisah Imam Syafie yang bersungguh-sungguh dalam menuntut ilmu sejak dari kecil dan ketinggian akhlak beliau dalam menghormati guru merupakan inspirasi yang mengilhami banyak individu. Imam Syafie adalah contoh teladan bagaimana kesungguhan dalam pencapaian ilmu dapat membawa seseorang kepada kemasyhuran. Dedikasinya yang tinggi dalam mengejar ilmu sejak usia muda menunjukkan betapa pentingnya nilai pendidikan dalam kehidupan seseorang. Selain itu, sikap hormat yang beliau tunjukkan kepada guru-gurunya menonjolkan pentingnya nilai-nilai etika dan adab dalam hubungan guru dan murid. Ini memberikan pembelajaran yang berharga tentang betapa pentingnya menghargai sumbangan orang lain dalam perjalanan kehidupan kita.” ujar saudara Syahmi diakhir perkongsian.

Aktiviti ini diteruskan dua minggu sekali untuk menghidupkan perkongsian ilmu dalam kalangan staf ARCUPM dan ruangan ini terbuka untuk dimanfaatkan oleh semua warga UPM.

Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menggalakkan budaya membaca di kalangan staf dan seterusnya berkongsi ilmu yang diperolehi dengan yang lain. Selain itu, menerusi program ini juga membudayakan rasa cinta kepada ilmu dapat disuburkan disamping menjadikan budaya membaca itu sebagai jambatan ilmu.

Date of Input: 26/01/2024 | Updated: 03/05/2024 | hazeqqa

MEDIA SHARING

Alumni Relations Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDSAy~