YPR Financial Assistance Scheme | Alumni Centre
» YAYASAN PAK RASHID » Activities/ Programmes » YPR Financial Assistance Scheme

YPR Financial Assistance Scheme

Pengenalan

Skim ini diberi kepada pelajar yang menghadapi masalah kewangan terutama pelajar tahun akhir yang tidak dapat bergraduat kerana terpaksa menangguh pengajian atas sebab tiada wang untuk membayar yuran pengajian dan kes-kes kecemasan yang difikirkan sesuai.  Bantuan pinjaman kewangan sebanyak RM1,000 diberikan kepada pemohon (pelajar) yang mengikuti semua program pengajian di UPM dengan keutamaan dari kluster Agrobio.

---------------------------------------------------------------------

Syarat dan kriteria

  1. Keutamaan diberikan kepada pelajar kluster Agribio. Walau bagaimanapun, pelajar daripada bidang lain boleh memohon.
  2. Pelajar tahun pertama khusus pelajar ambilan kedua yang menghadapi masalah kewangan dan dikenalpasti amat mendesak memerlukan bantuan sebelum ditawarkan PTPTN.
  3. Pelajar yang menambah semester dan mempunyai masalah untuk membayar yuran pendaftaran bagi menyempurnakan projek tahun akhir.
  4. Pemohon hendaklah menulis surat kepada Pengerusi, Lembaga Pemegang Amanah YPR dengan menyatakan tujuan dan sebab permohonan secara jelas serta kaedah bayaran balik pinjaman.
  5. Permohonan perlu disokong oleh Ketua Unit Kebajikan Pelajar, BHEP dan disahkan oleh Dekan fakulti masing-masing.
  6. Pelajar hendaklah menjelaskan pinjaman dengan membuat bayaran balik sebagaimana syarat-syarat yang ditetapkan dan persetujuan bersama pihak Yayasan Pak Rashid.

Updated:: 11/08/2017 [hafzaini]

MEDIA SHARING

Alumni Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471017
0386566933
C1506190690