UPM Alumni Scholarship

Alumni Scholarship dibentuk untuk memberi peluang kepada para alumni bersama-sama alma mater dalam menyediakan pengalaman pendidikan secara kreatif dan inovatif yang bakal memperkukuhkan kejayaan universiti. Sumbangan ini akan disalurkan kepada Tabung Dana Sumbangan Alumni untuk tujuan pemberian biasiswa dan bantuan kewangan kepada pelajar UPM.