Biasiswa Amco Niaga

Pusat Alumni UPM (ACUPM) telah diberi kepercayaan untuk menguruskan Biasiswa Amco Niaga bermula pada sesi 2017/2018. Biasiswa Amco Niaga adalah merupakan sumbangan daripada Tuan Haji Mat Amin Jaafar, Pengarah Urusan Amco Niaga Sdn. Bhd.

Beliau merupakan alumni UPM Kelas 1994. Beliau telah bersetuju menyumbang dana sebanyak RM15,000.00 dalam bentuk biasiswa di bawah nama Biasiswa Amco Niaga bersempena dengan nama perniagaan syarikat industri kimia pertanian milik beliau dalam usaha membantu menaja pembiayaan pendidikan kepada pelajar yang layak. Biasiswa Amco Niaga akan menaja seorang (1) pelajar Diploma Perniagaan Tani untuk tempoh tiga (3) tahun. Di antara kriteria pemilihan, calon pelajar hendaklah dalam kalangan pelajar yang kurang berkemampuan dengan GPA/CGPA tidak kurang daripada 3.0.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Sekretariat Biasiswa Amco Niaga di talian +603-8747 1017.