MEKAR Siri 3: Serdang Angels Hamdan Cup

MEKAR telah mendapat perhatian alumni Serdang Angels untuk menganjurkan aktiviti pertemuan semula dalam kalangan ahli kumpulan tersebut menerusi Kejohanan Ragbi Sentuh Piala Hamdan Angels Tertutup (Hamdan Cup Angels Closed Touch Rugby Tournament). Nama Piala Hamdan (Hamdan Cup) diambil bersempena tanda ingatan dan penghormatan terhadap jasa dan bakti arwah kapten pasukan Serdang Angels iaitu Almarhum Norsuhaimy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai ‘Hamdan’. Dua buah peranti telah disumbangkan oleh alumni Serdang Angels melalui pertemuan semula ini. Bantuan peranti ini bertujuan untuk membantu pelajar Serdang Angels yang memerlukan dalam meningkatkan mutu pembelajarannya.

 

29 Januari 2022 (Sabtu)
8.00 pagi hingga 5.00 petang
Padang Ragbi B, UPM

 

 

Lensa IPT