MEKAR Siri 10: Sambutan Perayaan Jubli Emas Kolej Pertanian Malaya 1972

MEKAR Siri 10 merupakan program MEKAR khas yang diadakan untuk menyambut kepulangan Alumni Kolej Pertanian Malaya 1972 (KPM 72) yang menyambut Perayaan Jubli Emas KPM 72 mereka. Kumpulan alumni yang ditubuhkan sejak 5 Ogos 1972 ini dipengerusikan oleh YAM Tengku Syarif Laksamana Dato’ Seri Diraja Syed Razlan Ibni Syed Putra Jamalullail dan dianggotai oleh seramai 150 orang alumni. Perhimpunan mereka selama tiga hari dua malam di UPM ini telah melibatkan beberapa pelaksanaan aktiviti antaranya lawatan ke fasiliti - fasiliti yang terdapat di kampus UPM Serdang, majlis bacaan Yasin, bicara santai dan diakhiri dengan Makan Malam Jubli Emas KPM 72. Kepulangan alumni KPM 72 ini telah berjaya mengumpulkan dana melalui Tabung Endowmen Sultan Idris Shah (TESIS) sejumlah RM 80,000.00.

 

4 hingga 6 Julai 2022
KMR OnePutra Residence, Sekitar UPM & Kompleks Pertanian MARDI

 

 

Video

Gambar