TRACE Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang) | Alumni Centre
» NEWS » TRACE Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang)

TRACE Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang)

Pusat Alumni UPM (ACUPM) telah melaksanakan program Tracing Alumni For Collaboration & Engagement (Trace) - Bridges-Link Zon Utara (Kedah, Perlis, Pulau Pinang). Program ini bertujuan menjalinkan hubungan strategik yang berterusan diantara alumni UPM (Zon Utara) dengan Universiti.

Program ini dilaksanakan pada 30 Januari 2016 (Sabtu) - 3 Februari 2016 (Rabu). Seramai 7 orang kakitangan Pusat Alumni (ACUPM) telah menjayakan program ini. Program ini diadakan di setiap agensi yang berada di Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Antara agensi yang terlibat adalah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA), Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Jabatan Perhutanan Negeri Perlis, Jabatan Pertanian Negeri Perlis, Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Pulau Pinang. Program ini telah berjaya menarik seramai 72 orang alumni yang hadir.



Updated:: [hafzaini]

MEDIA SHARING

Alumni Centre
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0389471017
0386566933
C1506397403