UPM Anjur Serdang Heritage Memperingati Penubuhan Universiti | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » UPM anjur Serdang Heritage memperingati penubuhan universiti

UPM anjur Serdang Heritage memperingati penubuhan universiti

SERDANG, 4 Mei –  Pusat Alumni Universiti Putra Malaysia (UPM) menganjurkan forum Serdang Heritage sempena Sambutan Hari Alumni UPM 21 Mei bagi memperingati sejarah penubuhan serta kejayaan universiti penyelidikan itu dalam melahirkan graduan pelbagai bidang dan kepakaran.

Pengarah Pusat Alumni UPM, Prof. Madya Dr. Mohd Bakri Ishak berkata forum Serdang Heritage bertemakan “Berilmu Berbakti: IHSAN Tonggak Kecemerlangan”  diadakan simbolik tarikh 21 Mei 1931 sempena tertubuhnya Sekolah Pertanian Malaya di Serdang. “Program ini merupakan salah satu aktiviti diiktiraf sebagai Sambutan Hari Alumni UPM pada 21 Mei yang diraikan setiap tahun oleh para alumni, warga kampus dan pelajar UPM untuk berkongsi pengalaman serta kepakaran kepada bakal alumni UPM,” katanya. Beliau berkata, pelbagai program dirangka dalam menjayakan Sambutan Hari Alumni UPM itu bertujuan untuk membawa alumni kembali ke UPM dan seterusnya melestarikan legasi kegemilangan bertepatan dengan misi UPM ‘Berilmu Berbakti’.

Acara lain yang akan diadakan ialah Tautan Mahabbah (Majlis Kesyukuran) pada 18 Mei 2017 dan kemuncak acara adalah Majlis Apresiasi Chapter Alumni UPM pada 20 Mei 2017. Sementara itu, forum Serdang Heritage yang dihadiri oleh 150 orang tetamu jemputan termasuk alumni dan pelajar UPM telah mengupas perjalanan alumni UPM mengenai penerimaan dan penjanaan ilmu semasa peringkat universiti yang dibarisi ikon alumni terbilang iaitu Tuan Mohd Ariff Baharom, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Dasar), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA MALAYSIA)(Alumni Kelas 1982), Encik Mohd Norashedy Rashid, CEO Usahajana Sdn. Bhd. (Alumni Kelas 1999), Mrs. Azti Dian Fitriyanti Azmi, CEO IDOTTV (Alumni Kelas 2000) and Profesor Dr. Azali Mohamed, Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, UPM (Alumni Kelas 1981) sebagai moderator.

Garapan dan kupasan penceritaan yang baik di forum tersebut oleh tiga ahli panel telah menyerikan lagi tema forum yang menyentuh konteks ihsan dan memperlengkapkan diri dengan ilmu yang strategik dengan tuntutan semasa serta bagaimana ia mampu memberi sumbangan kepada pembentukan kekayaan dan pembangunan negara.

GALERI FOTO

Tarikh Input: 11/05/2017 | Kemaskini: 24/05/2018 | hafzaini

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUXAg~