Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari
Serdang, 13 Januari - Kolej Tun Dr. Ismail dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM) telah mengadakan Kejohanan Golf Alumni Inter-Kolej UPM Sempena Homecoming Kolej Tun Dr. Ismail dan Kolej Kediaman 5 di Kelab Golf Uniputra, UPM.
Kejohanan ini telah disertai lebih 20 orang alumni UPM tanda sokongan terhadap program ini dan disambut baik oleh alumni. “Ukhuwah Disulam, Silaturrahim Dieratkan”, selari dengan tujuan penganjuran kejohanan ini untuk mengeratkan hubungan antara para Alumni Kolej 3 (kini dikenali sebagai KTDI) dan Alumni Kolej Kediaman 5.
ARCUPM mengucapkan terima kasih kepada alumni yang menyambut baik kejohanan ini yang bersama-sama melancarkan program yang diadakan.
Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 15/02/2024 | hazeqqa
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor