TUJUH IKHTIAR NARATIF NAIB CANSELOR UPM 2023 DITERJEMAHKAN SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN UPM DALAM BIDANG PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » TUJUH IKHTIAR NARATIF NAIB CANSELOR UPM 2023 DITERJEMAHKAN SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN UPM DALAM BIDANG PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

TUJUH IKHTIAR NARATIF NAIB CANSELOR UPM 2023 DITERJEMAHKAN SEBAGAI PEMANGKIN KECEMERLANGAN UPM DALAM BIDANG PERTANIAN DAN KETERJAMINAN MAKANAN

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG, 15 Feb – Naib Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman memperkenalkan tujuh ikhtiar Naratif Naib Canselor 2023 dalam usaha terus memacu kecemerlangan UPM dalam bidang pertanian dan keterjamaninan makanan negara.

Dato’ Prof Dr. Mohd Roslan berkata, UPM akan terus memacu kecemerlangan bidang pertanian dan keterjaminan makanan dalam usaha membantu kerajaan dalam menangani krisis ketidakcukupan makanan negara. UPM selaku sebuah Universiti yang berada dalam kebitaraan pertanian akan terus memainkan peranan yang penting dengan menghasilkan produk pertanian yang boleh dikomersialkan dan sekaligus dapat membantu masyarakat.

“Naratif kali ini juga sudah tentu bertitik-tolak daripada visi dan kerangka dasar Malaysia Madani yang telah diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri. Pada masa sama, ia juga mengambil ibrah atau pengajaran daripada Perutusan Tahun Baharu 2023, bertemakan “Pendidikan Tinggi: Harapan dan Masa Depan”, yang telah disampaikan oleh YB Menteri Pendidikan Tinggi. Kedua-dua dokumen tersebut teradun dalam naratif kali ini yang akan mendasari hala tuju dan perjalanan UPM dalam mengharungi tahun 2023 dengan keyakinan yang tinggi dan kesiapsiagaan yang jitu,” ujar Beliau.

Tambah beliau lagi, iltizamnya adalah untuk membawa UPM lebih gemilang dan menjadi sebuah Menara Ilmu yang menjadi kepercayaan dan diyakini masyarakat dan beliau yakin dengan pelaksanaan dan pemantapan strategi, usaha itu akan menghasilkan kejayaan.

Tujuh Ikhtiar Naib Canselor 2023 yang telah diumumkan ialah;

Ikhtiar 1 : Memperteguh Sumbangan Dalam Pertanian dan Keterjaminan Makanan melalui penawaran program akademik meliputi 31 program sarjana muda, 14 program master secara kerja kursusu dan 194 bidang pengajian pasca siswazah berkaitan pertanian, pertanian pintar dan Internet Benda (IoT) yang merentasi disiplin ilmu.

Ikhtiar 2 : Menjajarkan Penyelidikan dan Jaringan Ke arah Inovasi Sosial yang boleh menyumbang kepada pembangunan dan kesejahteraan masyarakat serta memenuhi keperluan dan aspirasi nasional.

Ikhtiar 3 : Menjulang Pemerkasaan Mahasiswa dengan cara memberikan mereka lebih banyak kepercayaan, tanggungjawab dan amanah, merancang dan mengikuti program mobiliti antarabangsa sekurang-kurang sekali sepanjang pengajian serta memperkemas perkhidmatan kebajikan mahasiswa kategori B40 dan asnaf.

Ikhtiar 4 : Memperkemas Strategi Hijau dan Tadbir Urus yang Baik melalui pengurusan data universiti bagi proses membuat keputusan berasaskan bukti yang mampu mengekalkan status UPM sebagai universiti paling lestari dalam negara. Selain itu, inisiatif pengurusan bakat profesional dan kepimpinan pegawai akademik terus diperluas melalui usaha sama Akademi Kepimpinan Pendidikan Tinggi (AKRPT) dan penjenamaan Pusat Pembangunan Akademik dan Kecemerlangan Kepimpinan (CADe-Lead).

Ikhtiar 5 : Memperhebat Pendigitan Kampus dalam memastikan UPM bingkas mengurus pelbagai perubahan dan teknologi dengan nilai kesan dan strategi menggunakan teknolog dalam pengajaran dan pembelajaran dan pengantarabangsaan dengan capaian internet yang mencukupi, stabil dan selamat. Sebagai salah satu tanggungjawab sosial, UPM turut membuka perkhidmatan perpustakaan kepada oramg awam melalui kolaborasi dengan pihak sekolah.

Ikhtiar 6 : Mengupaya Penjanaan Pendapatan bagi mengurangkan kebergantunagn UPM kepada geram kerajaan, UPM menyokong setiap usaha yang dilakukan dalam usaha menampun kos operasi melalui inisiatif modal awalan serta menggerakkan entiti di bawah UPM seperti Pusat Penerbit, Putra Business School, Hospital Veterinar dan Hospital Pengajar UPM  dalam usaha menjana pendapatan.

Ikhtiar 7 : Menyatu Kekuatan Alumni yang dapat membantu kepada kelangsungan universiti melalui sumbangan mereka dalam pelbagai bentuk. ‘Jambatan’ kukuh bersama alumni yang diterajui Pusat Perhubungan Alumni akan terus dipelihara melalui usaha untuk berganding bahu dan mendukung citra universiti ke mercu kejayaan melalui program-program yang dianjurkan.

Selain itu turut diadakan pelancaran Manusla Pengurusan Majlis iaitu Manual Pengurusan Majlis Edisi 2022, pelancaran buku, Buku Advokasi Awam dan Inisiatif Aplikasi Mobile Smart®Q, Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi dan E-Sistem Pengurusan MOU Putra Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat (PSPK), UPM.

Penghargaan kepada individu dan PTJ yang banyak membantu keterlihatan UPM di media massa bagi 2022 turut diadakan iaitu Anugerah Visibiliti Media UPM 2022. Ini adalah sebagai tanda menghargai setiap usaha yang dilakukan dalam membantu menampakkan visibilty UPM di media massa.

Tarikh Input: 23/02/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDFAq~