| Pusat Perhubungan Alumni

TRACE ALUMNI BINTULU, SARAWAK

  

18-19 September 2017 – Pusat Alumni telah melaksanakan 2 hari program iaitu Tracing Alumni for Collaboration & Engagement (TRACE) @Bintulu, Sarawak. Program ini bertujuan memperkasakan jaringan alumni, pertukaran kepakaran dan juga menyampaikan kepentingan para alumni untuk menyokong Putra Global UPM 200 yang mana aspirasi UPM untuk berada pada kedudukan 200 universiti terbaik dunia pada tahun 2020.  

 

Delegasi Pusat Alumni telah melaksanakan Temu Mesra Alumni di beberapa agensi di Bintulu iaitu Shinyang Plywood Bintulu, Bintulu Development Authorities dan Sarawak Forestry Corporation. Sekalung penghargaan dan terima kasih buat Alumni UPM di Bintulu, Sarawak yang membantu dan menyokong program ini dan seterusnya melestarikan kerjasama antara alumni-alma mater.

SXDdBAJ~