Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – 24 Ogos 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah berjaya mengadakan sesi temubual Bersama Ybhg. Prof. Dato’ Dr. Azali Mohamed (Alumni Kelas 1981 dan 1986). Beliau pernah menjawat jawatan Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi UPM.
Sesi temubual yang diadakan secara dalam talian yang dikendalikan oleh Cik Aida Fitri Peli dan Encik Mohamad Norfarhan Mohd Zaini daripada Seksyen Jalinan dan Pengukuhan Alumni, ARCUPM.
Pelbagai kisah, pengalaman, kenangan dan pencapaian diceritakan sepanjang sesi temubual ini berlangsung dan semuanya akan diabadikan dalam Buku Coffee Table ’50 Jewels of UPM’. Penerbitan buku ini adalah bersempena Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021) yang akan menjadi kenangan sepanjang zaman dan sebagai menghargai setiap alumni UPM yang telah meraih kejayaan dalam kerjaya dan sekaligus menaikkan nama UPM.
Sebagai info, setiap kisah tokoh yang diabadikan dalam CTB ’50 Jewels of UPM’ ini terdiri daripada alumni kelas 1971-2021. Tidak kira alumni dalam negara atau pun luar negara, selagi mereka telah mengharumkkan nama UPM, perjalanan menuju kejayaaan mereka itu akan diabadikan dalam Coffee Table Book ’50 Jewels of UPM’.
Tarikh Input: 31/08/2021 | Kemaskini: 31/08/2021 | hafzaini
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor