Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG, 2 Feb – Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menjemput Puan Junaida Adan dan Puan Norazura Ali dari Bahagian Kewangan Pengurusan Operasi Berpusat (BPOP), Pejabat Bursar untuk memberi taklimat berkaitan kewangan dan pembayaran universiti kepada staf di ARCUPM.
Dalam usaha memberi kesedaran kepada staf mengenai kepentingan setiap urusan kewangan perlu didokumentasikan, disamping itu, staf juga harus mengetahui tatacara untuk membuat tuntutan kewangan dan sebagainya.
Taklimat yang bermula jam 10 pagi dan selesai jam 12.30 tengahari itu banyak memberi input yang bermanfaat untuk semua terutamanya kepada staf yang terlibat dengan pengendalian kewangan Pusat Tanggungjawab (PTJ).
Turut hadir pada sesi taklimat berkenaan, Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar, Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan, para pegawai dan staf ARCUPM.
Menurut Puan Junaida, setiap staf di Universiti Putra Malaysia (UPM) perlu mengambil cakna mengenai pengurusan berkaitan perolehan dan pembayaran Universiti. Ini adalah sebagai untuk menimbulkan rasa bertanggungjawaban terhadap perjalanan sesebuah universiti.
“Setiap pembaziran ataupaun perbelanjaan yang dirasakan boleh dielakkan dan sebagainya haruslah dielakkan untuk sama-sama menjaga perjalanan kewangan agar sentiasa berada pada tahap yang selamat,” ujarnya.
Pada akhir sesi taklimat, Prof. Madya Dr. Arba’ie sempat menitipkan pesanan kepada semua staf dibawah seliaannya agar sentiasa berhati-hati dalam pengurusan kewangan terutamannya yang membabitkan kewangan Universiti. Beliau juga menekankan agar staf yang terlibat dengan pengunaan dan pengurusan kewangan PTJ perlu peka dengan setiap syarat dan keperluan yang ditekankan oleh pihak kewangan Universiti.
Diharapkan taklimat yang penuh manfaat ini dapat diguna pakai oleh semua staf ARCUPM pada masa akan datang terutamanya yang membabitkan tuntutan, penggunaan peruntukan dan juga perolehan.
Tarikh Input: 20/02/2023 | Kemaskini: 21/02/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor