Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG, 27 April – Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah mengumumkan pelantikan Prof. Dr. Ismi Arif Ismail dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk tempoh selama tiga tahun bermula 25 April 2022 hingga 25 April 2025.
Pelantikan beliau ini adalah bagi menggantikan Prof. Dr. Iqbal Saripan yang telah tamat tempoh lantikannya pada 14 Februari 2022 yang lalu.
Beliau telah berkhidmat di UPM selama 22 tahun dan telah menjawat pelbagai jawatan antara sebagai Ketua Jabatan Pemajuan Profesional dan Pendidikan Lanjutan pada 2008, Timbalan Dekan Penyelidikan dan Pengajian Siswazah, Fakulti Pengajian Pendidikan antara 2012-2013 dan 2017-2022.
Beliau kemudiannya dilantik sebagai Pengarah Institut Pengajian Sains Sosial (IPSAS) UPM pada tahun 2020 hinggan 2022.
Banyak lagi pencapaian yang telkah diraih oleh beliau sama ada dalam negara dan juga luar negara.
Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan tahniah atas pelantikan ini dan selamat menjalankan tugas kepada Prof. Dr. Ismi Arif Ismail.
Tarikh Input: 27/04/2022 | Kemaskini: 17/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor