Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) terus komited untuk membantu para pelajar Universiti Putra Malaysia (UPM) yang memerlukan terutama dari segi bantuan kewangan dan biasiswa.
ARCUPM selaku entiti yang sentiasa menjadi ‘jambatan’ antara alumni dan alma mater, telah melakukan sesi kunjung hormat di pejabat NUAIM Corporationn(M) Sdn. Bhd untuk bertemu bersama Pengarah NUAIM Corporation, Encik Suhaizi Mokhtar.
NUAIM Corporation antara alumni yang sentiasa peka dengan keperluan pelajar UPM terutamanya dalam sumbangan pendanaan biasiswa kepada pelajar dan untuk tahun 2023, NUAIM Corporation sekali lagi meneruskan usaha mereka untuk menaja pelajar UPM yang layak untuk dari kategori mereka yang tidak berkemampuan dan menghadapi masalah kewangan.
Pada sesi temu mesra tempohari juga diadakan sesi menandatangani perjanjian Biasiswa Alumni UPM (Biasiswa NUAIM). Diharapkan pelajar yang terpilih untuk menerima biasiswa ini dapat menggunakan kelebihan ini dengan sebaik mungkin dan jadikan ini sebagai satu pembakar semangat untuk berjaya pada masa hadapan.
Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para alumni yang telah menyumbang bakti mereka kepada pelajar dan alma mater. Bersama kita pahatkan slogan ‘Eratkan Kerjasama Sesama Alumni’ untuk sama-sama mendokong visi dan misi untuk menjadi sebuah Universiti terbaik bukan sahaja di peringkat lokal tetapi terus mashyur di peringkat antarabangsa.
Ayuh alumni diluar sana sama-sama menyumbang bakti kepada alma mater tercinta. Keprihatinan dan peranan alumni semua sebahagian daripada penyumbang kepada kejayaan Universiti dan pastinya akan memberi manfaat yang berguna kepada para pelajar UPM khususnya. Bersama kita semarakkan semangat 'berilmu berbakti; yang menjadi pegangan dan prinsip semua pelajar dan alumni UPM.
Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 04/04/2024 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor