Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG - Majlis Sirih Pulang ke Gagang@Homecoming kali ke-11, edisi 2022 akan berlangsung pada 1 Oktober 2022. Majlis yang akan menghimpunkan para alumni UPM ini dilihat satu manifestasi kepada jasa dan khidmat bakti yang telah diberikan oleh alumni UPM selama ini.
Kira-kira 800 orang alumni yang dijangka akan 'pulang' ke alma mater tercinta ini dalam usaha untuk sama-sama kembali menyumbang dan pastinya pertemuan dwi-tahunan ini akan memberikan satu memori yang cukup indah untuk dikenang.
Sekali lagi Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) dengan kerjasama Persatuan Alumni UPM (PAUPM) dilantik sebagai sekretariat dalam melancarkan perjalanan majlis yang cukup besar ini. Bagi penganjuran kali ke-11 ini, ARCUPM dan PAUPM mensasarkan lebih ramai alumni yang akan turut serta memberikan kerjasama untuk memastikan majlis ini menjadi satu majlis yang cukup gilang gemilang.
Berkata di Selamat Pagi Malaysia RTM, Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, mengalu-alukan kehadiran dan 'kepulangan' alumni pada Majlis Sirih Pulang ke Gagangkali ke-11 yang merupakan acara kemuncak bagi Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM.
Turut hadir Encik Ravichandran Tharumalingam (Alumni 1990) turut mengajak rakan-rakan alumni untuk kembali ke alma mater dan memainkan peranan masing-masing dalam sama-sama menyokong dan mendokong visi Universiti menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa.
Dalam memeriahkan lagi sambutan, pada pagi sebelum majlis gilang gemilang berlangsung di Dewan Besar UPM, di UniPutra Golf Club berlangsung Perlawanan Persahabatan bagi meraikan kepulangan Alumni bersama-sama Naib Canselor UPM, YH. Dato’ Prof. Dr. Mohd Roslan Sulaiman.
Tarikh Input: 30/09/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor