Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG, 20 Julai - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) sekali lagi telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin, Tahli dan Kesyukuran. Majlis yang dipengerusi oleh YBhg Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud dan dikelolakan oleh Saudara Fudhayl Omar, berlangsung dengan lancar.
Majlis yang seakan menjadi acara bulanan itu sentiasa mendapat sokongan positif daripada kalangan staf ARCUPM yang bersama-sama membacakan Surah Yasin yang bertempat di Bilik Mesyuarat Menara Warisan Budi, ARCUPM.
Inisiatif yang diambil oleh Kelab Kebajikann dan Rekreasi ARCUPM ini dilihat sebagai satu usaha yang baik dalam mengeratkan lagi silaturahim sesama staf.
Pengarah ARCUPM YBhg. Prof. Madya Dr. Arba'ie Sujud sentiasa menekankan semangat kekitaan dan bekerjasama sesama staf dalam membawa hala tuju ARCUPM untuk manfaat bersama.
"Pasukan yang baik adalah pasukan yang sentiasa bekerjasama dan sentiasa tolong menolong dalam usaha membawa visi dan misi organisasi kearah kejayaan. Setiap daripada kita dikurniakan dengan kelebihan masing-masing dan apabila kemahiran dan kelebihan itu digabung jalinkan akan membentuk satu pasukan yang mempunyai visi yang sama iaitu bersama-sama menuju kejayaan dan kecemerlangan," ujar beliau.
Apa yang dihasratkan oleh YBhg Pengarah sentiasa menjadi pegangan dan azimat dalam kalangan staf di ARCUPM dan bersama-sama membawa nama ARCUPM berada sebaris dengan PTJ terbaik yang lain.
Tarikh Input: 31/07/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor