Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG - Mesyuarat kali ke 2 untuk Majlis Makam Malam Amal UPM 2022 telah berlamgsung di Dewan Senat, UPM.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Arifin Abdu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal pelajar dan Alumni (HEPA). Mesyuarat pada kali ini adalah untuk membentangkan mengenai perjalanan Majlis Makan Malam Amal Kali ke-11, UPM dan melihat sejauhmana persediaan daripada pihak Jawatankuasa yang telah dilantik.
Majlis Makan Malam Amal yang bakal dihadiri oleh para alumni UPM dari seluruh negara ini merupakan satu majlis tradisi yang yang diadakan secara dwi-tahunan. Namun pada edisi 2020 majlis ini tidak dapat diadakan disebabkan negara dilanda wabak pandemik Covid-19 dan pada tahun 2022 sekali lagi majlis gilang gemilang ini bakal diadakan dan dijangkakan akan menerima keberangkatan hadir DYMM Tuanku Canselor UPM sendiri.
Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) selaku sekretariat penganjur untuk majlis ini, ingin mengajak ke semua alumni UPM untuk turut hadir pada majlis ini nanti dan bersama-sama kita menyatakan kesungguhan pada hasrat universiti iaitu mahu menjadikan alumni UPM adalah alumni terbaik dan sentiasa kembali ke alma mater untuk sama-sama menyumbang bakti.
Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor