SEKITAR AUDIT DALAMAN SPK ISO: 2015 DI PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » SEKITAR AUDIT DALAMAN SPK ISO: 2015 DI PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI

SEKITAR AUDIT DALAMAN SPK ISO: 2015 DI PUSAT PERHUBUNGAN ALUMNI

Oleh : Suziana Che Wil 

 

SERDANG – Audit Dalaman SPK ISO: 2015 di Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah pun berlangsung dengan lancarnya. Dua orang Juruaudit iaitu, Puan Norazlina Zulkefli dan Puan Nur Fazrina Ismail, telah ditugaskan untuk mengaudit ARCUPM dalam bersama-sama membuat penambahbaikkan pada perkhidmatan.

Setiap teguran akan dijadikan penanda aras untuk terus memberikan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Sepanjang sesi audit berlangsung, setiap staff ARCUPM turut memberikan kerjasama sepenuhnya dalam penyediaan setiap dokumen yang diperlukan semasa proses audit berjalan.

Pusat Perhubungan Alumni menzahirkan setinggi-tinggi pernghargaan dan terima kasih kepada juruaudit yang juga banyak berkongsi idea kepada ARCUPM untuk lebih kehadapan dalam setiap perkhidmatan dan sebagainya.

 

Tarikh Input: 27/06/2023 | Kemaskini: 01/09/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDGA1~