Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) ingin merakamkan sekalung tahniah kepada Datuk Leong Mun Yee, alumni UPM kelas 2017 atas pengurniaan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang membawa gelaran Datuk pada 8 Februari yang lalu.
Datuk Leong Mun Yee (lahir 4 Disember 1984) merupakan atlet terjun Malaysia. Beliau bertanding pada Olimpik 2000, 2004, 2008 dan 2012 dengan keputusan terbaik tempat ketujuh dalam acara 10 meter platform segerak pada 2012. Kemunculannya di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 menjadikannya penerjun Malaysia pertama yang bertanding di tiga (3) Sukan Olimpik. Pingat gangsa yang dimenangi beliau dan Pandelela Rinong pada Kejohanan Dunia 2009 merupakan pingat Kejohanan Dunia pertama untuk Malaysia.
Beliau pada asalnya seorang perenang tetapi beralih kepada terjun pada usia 10 tahun sebagai sebahagian daripada program Malaysia untuk menyediakan pasukan terjun bagi kejohanan Sukan Komanwel 1998 dan pada 5 Januari 2022, Leong Mun Yee mengumumkan persaraannya.
Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 18/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor