Oleh: Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG - Sambutan Hari Bumi telah disambut di sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM). Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) antara Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang turut menyambut Hari Bumi sebagai tanda solidariti demi menjaga dan menyelamatkan bumi dari kerosakan akibat pelbagai pencemaran yang dilakukan.
Sambutan Hari Bumi ini juga sebagai satu usaha untuk memberikan contoh teladan yang baik kepada generasi akan datang agar sentiasa menjaga bumi dan persekitaran agar sentiasa selamat, bersih dan aman.
Sambutan yang dilakukan di peringkat UPM dengan tema ‘ Invest In Our Planet’ telah disambut serentak oleh seluruh PTJ di UPM dalam menzahirkan kecaknaan terhadap penjagaan alam sekitar. Lebih istimewa lagi YH. Prof. Dato’ Dr. Roslan turut berinteraksi Bersama PTJ menerusi aplikasi zoom untuk mengetahui sambutan di peringkat PTJ masing-masing.
Berkata pada majlis itu, Prof. Dato Dr. Roslan mengingatkan para warga UPM agar sentiasa menjadi kelestarian alam semula jadi dan seiring dengan aspirasi beliau iaitu demi mengekalkan reputasi UPM sebagai university paling lestari.
“Peralihan kepada gaya hidup lestari hanya dapat direalisasikan dengan matlamat yang jelas dan memandangkan UPM sebagai universiti paling lestari dalam tempoh 12 tahun berturut-turut, agenda kampus hijau UPM akan terus diperkasakan,” katanya.
Pada majlis itu juga beliau turut melancarkan TV Kampus UPM iaitu PUTRA TV. Turut hadir pada majlis itu ialah, Timbalan Naib Canselor, (Penyelidikan dan Inovasi), UPM, Prof. Dr. Nazamid Saari; Ketua Pustakawan UPM, Muzaffar Shah Kassim; Pengarah Pusat Strategi dan Perhubungan Korporat; Prof. Dr. Azmawani Abd Rahman serta Pegawai Kanan Universiti.
Tarikh Input: 30/04/2022 | Kemaskini: 16/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor