Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
2 November 2021, Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) melancarkan gerakan pantas membantu rakan-rakan yang terkesan akibat banjir kilat yang melanda. Antara rakan dari ARCUPM yang terlibat dalam kejadian banjir, adalah Cik Aida Fitri Peli, Pegawai Eksekutif ARCUPM.
Bantuan pantas ini diketuai oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar. Beliau meminta staf yang berkelapangan dan tidak terikat dengan kerja yang segera agar sama-sama dalam gerakan membantu mangsa banjir.
Konsep ringan sama dijinjing, berat sama dipikul sekurang-kurang mampu melancarkan urusan membersihkan kediaman yang terkesan akibat air naik secara mendadak. Menurut Cik Aida hampir kesemua peralatan rumah yang tidak sempat untuk dipindahkan ke bahagian rumah yang lebih tinggi ditenggelami air.
“Terutamanya buku-buku banyak yang ditenggelami air. Karpet dan beberapa alatan rumah turut tidak sempat untuk diselamatkan” ujarnya.
Lebih parah lagi, ketika air naik, kediamannya tiada penghuni kerana beliau masih dalam perjalanan pulang dari tempat kerja dan pada masa sama hujan lebat dan jalan sesak teruk disebabkan beberapa kawasan rendah sudah dinaiki air.
Pada hari yang sama juga kutipan amal untuk meringankan beban yang ditanggung dilancarkan. Sekurang-kurang sumbangan ini sebagai tanda sokongan moral kepada mangsa dan keluarganya.
Tarikh Input: 17/12/2021 | Kemaskini: 03/02/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor