Oleh: Shahirah Alia Azahar
Suntingan : Suziana Che Wil
SERDANG - Pada 21 Oktober 2023 sehingga 23 Oktober 2023, berlangsungnya program Showcase Budaya Alumni Antarabangsa. Program ini melibatkan pelajar-pelajar dari Madrasah Aliyah Negeri 1 (MAN1) Pekan Baru, Indonesia ke lawatan silang budaya di Putrajaya dan Kuala Lumpur. Rombongan turut disertai oleh beberapa orang tenaga pengajar dari Madrasah Aliyah Negeri 1 (MAN1).
Program ini berjalan lancar dengan kerjasama bersama Alumni UPM 2006, Encik Rizky Gushandra atau lebih dikenali sebagai Pak Rizky. Selaku alumni UPM, Pa k Rizky cuba memberi pendedahan awal kepada para pelajar Madrasah Aliyah Negeri 1, akan keindahan dan peluang untuk melanjutkan pengajian di peringkat Univerisiti dan memilih UPM sebagai destinasinya.
Tujuan lawatan ini juga adalah untuk memperlihatkan budaya di Malaysia. Pelajar-pelajar ini turut dibawa menelusuri kehidupan kampus di UPM. Antara kawasan kampus yang dibawa adalah Dewan Besar UPM, Perpustakaan Sultan Abdul Samad UPM dan Canselori Putra UPM.
Program ini turut mendapat kerjasama daripada ahli-ahli Chapter Student Ambassador (CSA) 2023/2024 serta ahli jawatankuasa CSA. CSA adalah sebuah program yang melatih pelajar untuk mengembangkan potensi diri terutama dalam pengurusan acara dan majlis.
Kelab yang ditubuhkan dibawah seliaan dan urus kendali Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) ini bertujuan melatih pelajar menjadi seorang graduan yang berkualiti dan membawa nama baik Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila mereka bergraduat kelak. CSA membuka peluang kepada pelajar dapat berhubung secara terus dengan alumni dan mendapatkan maklumat mengenai biasiswa dari alumni.
ARCUPM amat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada alumni yang kembali menyumbang kepada alma mater tidak kira dalam ap acara dan platform sekalipun. Dengan semangat ‘We Love UPM’ dan ‘Kami Bangga Menjadi Alumni UPM’ memberi satu makna yang mendalam dan seterusnya membawa mereka untuk kembali ke alma mater dan turut bersama-sama menyumbang bakti dan tenaga untuk manfaat semua warga UPM.
Tarikh Input: 30/10/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor