Program Ihya’ Ramadan: Chapter Alumni YOSH Bersama Majlis Perwakilan Fakulti Pengajian Pendidikan Edar Bubur Lambuk | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Program Ihya’ Ramadan: Chapter Alumni YOSH bersama Majlis Perwakilan Fakulti Pengajian Pendidikan Edar Bubur Lambuk

Program Ihya’ Ramadan: Chapter Alumni YOSH bersama Majlis Perwakilan Fakulti Pengajian Pendidikan Edar Bubur Lambuk

Oleh: Suziana Che Wil

Serdang, 21 Mac - Program Ihya’ Ramadan Chapter Alumni YOSH UPM bersama Majlis Perwakilan Fakulti Pengajian Pendidikan (FEDSSCO) telah mengadakan agihan dan edaran bubur lambuk di hadapan pekarangan Fakulti Pengajian Pendidikan (FPP) secara pandu lalu.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Naib Canselor UPM, YBhg Dato’ Professor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah. Turut hadir, Dekan Fakulti Pengajian Pendidikan YBrs. Prof. Madya Dr. Wan Marzuki Wan Jaafar dan juga Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM, YBrs. Encik Fahmi Azar Mistar.

Majlis yang bermula sejak awal pagi, dengan aktiviti penyediaan bubur lambuk oleh para pelajar dan diteruskan dengan aktiviti agihan bermula pukul 5.00 petang dan berakhir sekitar jam 6.00 petang. Para warga UPM dan para pelajar teruja menerima sumbangan bubur lambuk yang disampaikan sendiri oleh Naib Canselor UPM sambil mengambil masa beramah mesra bersama staf dan pelajar yang dalam perjalanan pulang.

Menurut Nurul Athirah Mohd Affandi selaku urusetia dan wakil daripada Chapter Alumni YOSH UPM, sebanyak 1000 pax bubur lambuk disediakan dan kesemuanya diedarkan secara percuma kepada warga UPM dan pelajar. Tujuan program ini adalah bagi mengimarahkan bulan Ramadan di kalangan mahasiswa dan warga Universiti Putra Malaysia secara keseluruhannya.

Selain daripada edaran bubur lambuk, sebelum ini Chapter Alumni YOSH UPM yang diasaskan oleh alumni UPM sejak 2018 banyak mengadakan aktiviti yang turut libat sama komuniti dan pelajar, antara pemberian baju raya baharu pada 2023 dengan kerjasama Pusat Perhubungan Alumni. Ini antara sumbang bakti yang dapat diberikan kepada alma mater dan sekaligus kepada pelajar dan komuniti.

Tarikh Input: 22/03/2024 | Kemaskini: 29/03/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbQAI~