Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – Misi UPM di Puncak Dunia@Everest telah berjaya direalisasikan oleh alumninya sendiri, Ravichandran Tharumalingam, alumni UPM kelas 1990. Kejayaan pertama kali dilakarkan oleh alumninya sendiri itu telah tercatat pada tarikh penuh bersejarah pada 12 Mel 2022 yang lepas.
Misi yang mengambil masa selama tiga bulan iaitu, bermula Mei hingga Jun 2022, menyaksikan kesungguhan mereka ini telah membuahkan hasil yang membanggakan seluruh warga UPM. Kejayaan yang dilakar oleh Ravichandran ini mampu menyuntik semangat kepada pelajar UPM khususnya dalam pembinaan jati diri dan juga insaniah.
Pada perkongsian yang turut disekalikan Majlis Sambutan Aidilfitri Pusat Perhubungan Alumni, beliau berkata cabaran beliau pada pandakian kali ketiga ini bukan sekadar membawa impian peribadinya sahaja, malahan dia turut membawa impian dan harapan seluruh warga UPM dan juga dua orang pendaki yang turut bersama dengannya yang mahu sampai ke puncak tertinggi dunia itu.
Apa yang diterjemahkan oleh beliau, kejayaan bukan membawa maksud kejayaan untuk diri sendiri sahaja, tetapi juga berjaya membantu insan lain mencipta kejayaan untuk diri mereka, menunjukkan jati diri yang tinggi.
“Para pelajar perlu letakkan sasaran dalam diri, apa yang ingin dicapai, berusaha dan lakukan yang terbaik. Setiap yang ingin dicapai perlu ada perancangan. Seperti juga saya, untuk mendaki ke puncak tertinggi dunia, bukan perancangan yang singkat. Perlu susun setaip gerak dan kemudian laksanakan.” Ujar beliau.
Turut serta pada perkongsian itu, Pengarah Pusat Perhubungan Alumni, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud, para alumni dan juga para pelajar UPM.
Semoga manfaat daripada perkongsian itu dapat memberikan input berguna kepada pelajar khususnya dalam mencapai kejayaan.
Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 14/10/2022 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor