Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG, 12 Okt - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) turut serta dalam Anugerah Inovasi Perkhidmatan UPM 2022 melalui Sistem Maklumat Alumni (AIS). Pembentangan telah diketuai oleh Timbalan Pengarah ARCUPM, Encik Fahmi Azar Mistar dan Penolong Pendaftar ARCUPM, Puan Nik Hafzaini Nik Hassan.
Sistem Maklumat Alumni (AIS) merupakan sebuah laman portal alumni yang dibangunkan oleh Pusat Perhubungan Alumni untuk mengumpul dan mengemaskini data dan profil alumni UPM secara lebih komprehensif dan efisien. Laman portal ini bertujuan untuk memastikan maklumat dan profil alumni sentiasa bersifat terkini, aktif dan mudah untuk dihubungi bagi tujuan hebahan dan publisiti pelbagai aktiviti/ program anjuran UPM.
Sistem ini bukan sahaja dapat mengumpulkan semua data alumni pada satu tempat tetapi juga menerusi sistem ini kaedah penyimpanan data terkini alumni dapat dilakukan. Universiti Putra Malaysia antara yang teramai mempunyai alumni diluar sana. Jadi sistem ini dilihat sebagai satu alternatif terbaik untuk dijadikan platform untuk alumni terus kekal berhubung dengan alma mater.
Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor