Pelajar Program Perubatan Veterinar Menerima Sumbangan Peranti | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Pelajar Program Perubatan Veterinar Menerima Sumbangan Peranti

Pelajar Program Perubatan Veterinar Menerima Sumbangan Peranti

Oleh : Suziana Che Wil 

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan 

 

 

SERDANG - Pusat Perhubungan Alumni telah menyerahkan sumbangan peranti daripada alumni UPM kepada pelajar Program Perubatan Veterinar,  Noraisyah Izzati Abdul Rahman pelajar Program Doktor Perubatan Veterinar.

Amanah sumbangan Yayasan Kebajikan Suria, Encik James Phillip Ho Alumni kelas 1974 telah disampaikan kepada pelajar yang memerlukan bantuan peranti dalam meneruskan pelajaran dengan lebih cemerlang.

Sumbangan daripada alumni UPM ini adalah menepati prinsip dan kerjasama antara alumni dan alma mater. Sumbangan ini juga amat memberi makna yang besar kepada pelajar yang memerlukan dalam usaha mencapai kejayaan di Menara Ilmu. 

Usaha yang dilakukan oleh Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) adalah sejajar dengan usaha membantu alumni untuk kembali menyumbang bakti kepada alma mater dan sekaligus membantu pelajar-pelajar yang memerlukan peranti namun menghadapi kekangan dari segi kewangan untuk mendapatkannya. 

Kerjsama erat antara alumni dan alma mater ini sangat dialu-alukan dalam usaha bersama-sama mendokong visi universiti iaitu menjadi sebuah universiti bereputasi antarabangsa dan alumni adalah pemegang taruh terbesar dalam usaha untuk bersama-sama merancakkan kejayaan universiti. 

Peranti dilihat sebagai satu alat bantu belajar yang amat diperlukan kini untuk kemudahan mengakses kepada internet dan juga menyiapkan tugasa yang diberikan oleh pensyarah. 

Bagi Noraisyah Izati pula, sumbangan yang diterimanya ini amat membantunya kerana menyedari betapa sukarnya untuk menyiapkan tugasan yang diberikan tanpa peranti sendiri. 

"Jika sebelum ini saya hanya meminjam peranti rakan sebilik untuk menyiapkan tugasan, tetapi dengan adanya sumbangan daripada alumni UPM sendiri, banyak membantu saya. Terima kasih saya ucapkan kepada ARCUPM dan juga kepada alumni yang tidak pernah lupa kembali ke kampus untuk membantu kami yang memerlukan," akhirinya. 

 

 

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 12/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDAAT~