Oleh : Mohamad Norfarhan Norzaini
SERDANG, 1 April – Telah berlangsung acara berkuda sejauh 5 Kilometer (KM) yang disertai oleh Unit Berkuda Polis Diraja Malaysia, Pusat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (MAFEC) dan Perbadanan Putrajaya. Acara ini merupakan acara gabungan bersama Universiti Putra Malaysia. Aktiviti berkuda ini telah bermula dari Unit Ekuin, Taman Pertanian Universiti, UPM dan berakhir di Fakulti Perubatan Veterinar, UPM. Ini merupakan acara gabungan di antara UPM Alumni Golden Fit dan program VIP Ride.
Antara tetamu kehormat yang sudi hadir pada hari ini terdiri daripada 4 orang daripada Polis Diraja Malaysia, 3 daripada Pusat Berkuda Angkatan Tentera Malaysia (MAFEC) dan 5 orang daripada Perbadanan Putrajaya. Mereka telah disambut oleh pihak Universiti Putra Malaysia seawal jam 6.00 pagi lagi.
Tepat jam 9.00 pagi acara ini mula melabuhkan tirai dengan acara terakhir adalah sesi bergambar berlatarbelakangkan pemandangan Unit Ekuin, Taman Pertanian Universiti, UPM sebagai kenang- kenangan.
Acara yang julung kali diadakan ini adalah untuk menyemarakan lagi Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2020) dikalangan masyarakat awam. Untuk makluman sambutan gilang gemilang ini sedang berlangsung sepanjang tahun 2021 sebagai tanda simbolik dalam meraikan ulang tahun ke 50 penubuhan UPM ( 1971-2020).
Demi menyahut seruan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam mengamalkan norma baharu disamping merayakan Sambutan Jubli Emas 50 Tahun UPM ini, Universiti Putra Malaysia sedang menganjurkan program UPM Alumni Golden Fit yang telah bermula pada 5 Februari yang lalu dan akan berakhir pada 20 Mei 2021. Aktiviti kecergasan secara maya ini juga boleh disertai oleh orang awam dan penyertaan boleh didaftarkan secara atas talian dengan melayari laman sesawang seperti berikut https://linktr.ee/alumnigoldenfitupm.
Tarikh Input: 02/04/2021 | Kemaskini: 02/04/2021 | msahrizan
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor