| Pusat Perhubungan Alumni

MISI BANTUAN AL-FALAH BAKUL RAHMAH KE KOTA TINGGI, JOHOR

Oleh : Suziana Che Wil

Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan

 

SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) telah bersama-sama dalam Misi Bantuan Al-Falah Bakul Rahmah ke Kota Tinggi, Johor yang berlangsung pada 8 hingga 9 Mac 2023.

Misi ini adalah kerjasama dari Pusat Islam UPM, Pusat Pengurusan Wakaf, Zakat dan Endowmen (WAZAN), Pusat Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP), Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Bahagian Hal Ehwal Pelajar (BHEP), Kolej Pendeta Za’ba (KPZ), Pusat Antarabangsa (i-PUTRA) dan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP). Seramai 46 orang sukarelawan termasuk staff dan pelajar telah bersama-sama dalam misi bantuan banjir ini.

Fokus utama misi adalah untuk meringankan bebanan mangsa banjir terutama untuk membersihkan kawasan rumah, sekitar kediaman dan agihan barangan sumbangan ‘Bakul Rahmah’ kepada penduduk yang terjejas. Objektif utama misi selain menolong membersihkan kediaman ini juga sebagai tanda solidariti kepada mangsa yang terkesan dengan banjir yang melanda.

Para sukarelawan UPM bergerak ke kawasan terjejas pada jam 11.30 malam dari UPM dan tiba di Kampung Kelantan, Kota Tinggi, Johor pada jam 4.30 pagi. Selepas bersarapan kerja-kerja pembersihan bermula pada jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 3.00 petang. Sekurang-kurang kehadiran pada sukarelawan ini telah memberikan semangat baharu untuk mangsa banjir dan membuktikan semangat masyarakat madani itu hidup subur dalam jiwa rakyat Malaysia.

Semogan semangat kekitaan dan bekerjasama ini terus subur terutamanya dalam kalangan warga UPM dalam menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan tidak kira latar belakang dan walau di mana sahaja. Pusat Perhubungan Alumni merakamkan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada seluruh alumni UPM dalam menghulurkan tangan dan sumbangan meringankan beban mereka yang terkesan.

SXDdUAD~