Minggu Perkasa Putra | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Minggu Perkasa Putra

Minggu Perkasa Putra

SERDANG (2 September 2015), UPM – Sempena Minggu Perkasa Putra, Pusat Alumni UPM telah diberi satu slot alumni bersama pelajar baharu pengambilan 2015/16 iaitu Jejak-Jejak Kegemilangan Alumni. Objektif program ini adalah untuk berkongsi pengalaman alumni dan kehidupan mereka semasa belajar di UPM dan juga memperkenalkan Pusat Alumni UPM kepada para pelajar baharu.

Program yang bermula pada jam 4.00 petang ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan pengenalan oleh Prof. Madya Dr. Mohd Hasmadi Ismail, Timbalan Pengarah Pusat Alumni UPM. Kemudian diikuti dengan sesi “Down Memory Lane with UPM Alumni” yang disampaikan oleh tiga ahli panel iaitu Encik Shahfarin Hj. Selamat, Ketua Bahagian Perniagaan,Sapura Kencana Petroleum Berhad (Alumni Kelas 2003), Kapt. Nor Azman Shahimi, Juruterbang TD di Skuadron Udara Peninjau Taktikal, Rejimen 881 Pasukan Udara Tentera Darat, (Alumni Kelas 2003) dan Encik Azlan Mubin, Penyampai/Pengulas Sukan RTM (Alumni Kelas 2008).


Jejak jejak kegemilangan alumni


Tarikh Input: | Kemaskini: | amir_peli

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEUFAU~