Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – Mesyuarat Serdang Sun Kali ke-2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Warisan Budi, Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia pada 23 Februari 2023. Mesyuarat kali ini untuk membincangkan mengenai isu yang masih dalam peringkat belum mendapat kata muktamad terutamanya mengenai kulit hadapan Majalah Alumni Serdang Sun Edisi 2022.
Selain itu, perbincangan juga menjurus kepada penyuntingan dan susun letak artikel dalam majalah yang turut melibatkan pihak penerbit UPM. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah, Pusat Perhubungan Alumni UPM, Encik Fahmi Azar Mistar, turut melibatsama pihak Persatuan Alumni UPM dalam menghasilkan majalah alumni ini.
Secara keseluruhannya, Majalah Alumni Serdang Sun ini diterbitkan setiap tahun, sebagai tanda penghargaan kepada sumbangan dan kecemerlangan alumni UPM yang akan menjadi penyuntik semangat kepada para pelajar.
Pusat Perhubungan Alumni UPM mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam melancarkan penerbitan Majalah Alumni Serdang Sun edisi 2022.
Tarikh Input: 28/02/2023 | Kemaskini: 27/03/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor