MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2023 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2023

MAJLIS SAMBUTAN MEGA RAYA AIDILFITRI 2023

Oleh : Fizi Azeem (Pelajar Latihan Industri, FBMK)

Suntingan : Suziana Che Wil

 

SERDANG, 10 Mei 2023 – Universiti Putra Malaysia (UPM) antara universiti yang mempunyai staf dan pelajar yang berbilang bangsa dan agama. Setiap musim perayaan akan disambut meriah. Salah satunya sambutan Hari Raya Aidilfitri. Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitir 2023 yang dianjurkan baru-baru ini telah mendapat sambutan yang meriah meskipun sudah memasuki 19 Syawal pada hari penganjurannya.

Sambutan ini melibatkan seluruh warga UPM di kampus Serdang dan Bintulu secara serentak. Penganjuran pada kali ini tidak tertumpu pada satu tempat sahaja tetapi turut melibatkan 13 lokasi strategik disekitar UPM dengan penggabungan beberapa entiti dalam setiap kluster. Pusat Perhubungan Alumni salah satu entiti yang termasuk dalam kluster G yang melibatkan 17 entiti lain yang berpusat di Dewan Bankuet UPM.

Majlis Sambutan Mega Raya Aidilfitri ini menumpukan pada objektif untuk meraikan staf dan pelajar UPM serta bagi semarakkan sambutan hari kemenangan umat Islam disampin itu boleh dimanfaatkan dalam menghubungkan semula setiap hubungan dan dapat mengeratkan silaturrahim di kalangan staf , pelajar dan seluruh warga UPM.

 

 

Majlis yang berlangsung dari jam 9:30 pagi hingga 4:30 petang pada hari Rabu turut dihadiri oleh pihak pengurusan atasan Universiti, yang mana Naib Canselor UPM, YBhg. Dato’ Prof. Dr. Roslan Sulaiman turut melawat setiap kluster bagi melihat dan sama-sama memeriahkan sambutan.

Program ini juga dimeriahkan dengan adanya pertandingan nyanyian lagu raya dan juga pertandingan booth tercantik dan terindah dan Pusat Perhubungan Alumni UPM berjaya menduduki tangga keempat dalam pertandingan booth tercantik dan terindah bagi kuster G.

 

Tarikh Input: 17/05/2023 | Kemaskini: 17/05/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDFAM~