Majlis Rantaian Kasih Raya Pusat Perhubungan Alumni UPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Majlis Rantaian Kasih Raya Pusat Perhubungan Alumni UPM

Majlis Rantaian Kasih Raya Pusat Perhubungan Alumni UPM

 

Oleh: Nur Sara Hazeqqa

Suntingan: Suziana Che Wil

SERDANG, 5 April - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan Majlis Rantaian Kasih Raya bersempena menyambut minggu akhir Ramadan sebelum Aidilfitri menjelang tiba. Majlis ini telah diadakan pada 10:30 pagi dengan kehadiran Pengarah ARCUPM, YBhg. Prof. Madya Dr. Siti Aqlima bertempat di Bilik Menara Warisan Budi, ARCUPM.

Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi iaitu dari Pengarah ARCUPM dan kemudian diteruskan dengan sesi rantaian kasih sesama ahli ARCUPM. Sesi ini adalah sesi bermaaf-maafan warga ARCUPM sebelum bercuti meraikan Hari Raya Aidilfitri.

Pada majlis yang ringkas itu juga YBhg, Pengarah sempat menitipkan pesanan awal bahawa dalam setiap usaha dan kerja yang dilakukan perkara utama yang perlu disematkan adalah kejujuran dan integriti. Beliau juga mengharapkan ke semua staf ARCUPM sentiasa meletakkan perkara itu yang paling utama kerana setiap daripada kita semua mempunyai peranan masing-masing dalam membawa nama ARCUPM. 

Kemudian, majlis diteruskan dengan agihan al-Quran kepada setiap seorang staf ARCUPM. Al-Quran ini telah disumbangkan oleh Yayasan Ade Azhar kepada warga ARCUPM. Sumbangan ini diberikan atas hasrat pihak Yayasan Ade Azhar dan penginfaq untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara pihak ARCUPM dan yayasan.

ARCUPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Yayasan Ade Azhar atas sumbangan naskah al-Quran dan semoga memberi manfaat kepada warga ARCUPM. Tidak dilupa juga, ARCUPM mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh warga UPM yang menyambut!

Tarikh Input: 08/04/2024 | Kemaskini: 26/04/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDIAJ~