22 Januari 2021 – Majlis Penutup dan Malam Anugerah SPE Mentoring bersama Senior dan Alumni telah diadakan secara dalam talian melalui siaran lansung Facebook SBESA pada jam 8:00 malam. Acara berlansung dengan baik dimana beberapa anugerah telah disampaikan. Antaranya ialah Anugerah Penyertaan Tertinggi Mentee, 3 teratas kuiz, Anugerah Mentor Terbaik dan Anugerah Kelas Terbaik. Majlis ini dihadiri oleh tetamu terhormat iaitu YBhg. Prof. Madya Dr. Bany Ariffin Amin Noordin, Dekan Sekolah Perniagaan dan Ekonomi dan Dr. Mohd Mursyid Arshad, Penasihat Chapter Alumni YOSH UPM. Turut serta memeriahkan malam anugerah ini ialah Encik Farid Amirul Bernadine, Ketua Eksekutif SBESA sesi 20/21. Program Sekolah Perniagaan Ekonomi Mentoring atau SPE Mentoring bersama Senior dan Alumni ini merupakan sebuah platform dimana alumni dan pelajar senior berkongsi kepakaran dan pengetahuan kepada pelajar junior dalam mata pelajaran akademik. Seramai 197 pelajar mendapat manfaat melalui 11 orang mentor yang terdiri dalam kalangan pelajar senior dan alumni UPM.
Tarikh Input: 15/02/2021 | Kemaskini: 17/02/2021 | sufian.ismail
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor