Oleh: Nur Sara Hazeqqa
Serdang, 12 Januari - Kolej Canselor Universiti Putra Malaysia yang telah mengadakan Malam Gemilang Canselor 2024 bersempena meraikan pelajar tahun akhir serta kejayaan Kolej Canselor yang menyumbang kepada kolej dalam bidang tertentu. Bertemakan “Arabian & Magical Night”, majlis makan malam ini juga dihadiri oleh Yang Berbahagia, Prof. Dr. Arifin Abdu (Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, UPM) dan wakil Pusat Perhubungan Alumni (ARCUPM), selaku satu penaja majlis tersebut.
Majlis Malam Gemilang Canselor 2024 juga dihadiri oleh alumni Kolej Canselor tanda sokongan terhadap alma mater dan bersama-sama meraikan pelajar tahun akhir Kolej Canselor. ARCUPM mengucapkan tahniah kepada Kolej Canselor diatas penganjuran majlis makan malam ini dengan meriah dan jayanya.
Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 15/02/2024 | hazeqqa
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor