Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – Pusat Perhubungan Alumni Universiti Putra Malaysia (ARCUPM) pada bulan Mac sekali lagi berjaya mengadakan majlis bacaan Yasin bulanan. Majlis yang dihadiri oleh ke semua staf ARCUPM turut dihadiri oleh Pengarah ARCUPM, Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud dan Timbalan Pengarah, Encik Fahmi Azar Mistar.
Bersekali pada majlis itu adalah Majlis Penghargaan kepada staf ARCUPM yang akan berpindah Pusat Tanggungjawab. Antara staf yang diraikan Encik Syafiq Hariz Mohd Hanafiah yang berpindah ke Fakulti Sains UPM, Encik Ahmad Shukri dan Encik Zulkifli yang berpindah ke SISFEC, Encik Ag Famezan Ag Mohd Noh dan CIk Siti Hajar yang berpindah ke Hospital Pengajar UPM manakala Encik Abdul Waffy Ubaidillah telah menamatkan perkhidmatan di ARCUPM.
Pihak ARCUPM mengucapkan selamat bertugas di tempat baru kepada semua staf dan selamat maju jaya.
Tarikh Input: 28/02/2022 | Kemaskini: 04/04/2022 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor