Oleh: Nur Sara Hazeqqa
Serdang, 1 Mac - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan majlis apresiasi bagi meraikan pelajar latihan industri, Cik Suhadatul Fatonah Jusip yang menamatkan latihan industri selama 6 bulan di ARCUPM.
Majlis tersebut dimulakan dengan ucapan alu-aluan Pengerusi, iaitu Encik Fahmi Azar Mistar (Timbalan Pengarah ARCUPM). Kemudian, majlis diteruskan dengan ucapan daripada staf ARCUPM kepada saudari Fatonah. Turut disediakan jamuan ringan dan cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan daripada ARCUPM.
Saudari Fatonah merupakan pelajar tahun akhir dari program Sastera Bahasa Inggeris dengan Kepujian, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih diucapkan kepada pelajar latihan industri ARCUPM iaitu saudari Fatonah diatas komitmen dan kerjasama sepanjang menjalani latihan industri bersama ARCUPM.
Tahniah kerana telah menamatkan pengajian dan warga ARCUPM mengucapkan selamat maju jaya dalam perjalanan yang akan datang. Semoga segala pengalaman yang diperoleh di ARCUPM dimanfaatkan sepenuhnya dan berjumpa kembali semasa majlis konvokesyen tahun ini.
Tarikh Input: 01/03/2024 | Kemaskini: 01/03/2024 | hazeqqa
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor