Oleh: Shahirah Alia Azahar
Suntingan: Suziana Che Wil
SERDANG, 6 November - Majlis Apresiasi Chapter Student Ambassador (CSA) sesi 2022/2023 dan Watikah Pelantikan CSA sesi 2023/2024 telah berlangsung di Balai Minda Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah (KOSASS), Universiti Putra Malaysia (UPM).
Majlis dihadiri oleh Pengerusi Jemaah Pengetua Kolej Kediaman Universiti Putra Malaysia, Prof. Madya Dr. Amini Amir Abdullah, dan Timbalan Pengarah Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM), Encik Fahmi Azar Mistar, bagi menyempurnakan Majlis Apresiasi CSA sesi 2022/2023 dan Watikah Pelantikan CSA sesi 2023/2024 dalam satu majlis. Turut hadir Puan Aida Fitri Peli, Penolong Pendaftar ARCUPM selaku Pegawai Pemantau CSA.
Majlis Apresiasi adalah untuk meraikan ahli CSA sesi 2022/2023 yang telah banyak menyumbang idea, tenaga dan masa pada setiap program CSA dan membantu ARCUPM dalam menjalinkan hubungan dengan alumni UPM. ARCUPM berterima kasih atas kerjasama yang diberikan untuk sama-sama melancarkan program yang dianjurkan. Semoga ilmu yang dipelajari dapat digunakan pada masa yang hadapan.
Dalam majlis yang sama, turut meraikan ahli baru CSA sesi 2023/2024. ARCUPM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada ahli baru dalam menjalankan tugas sebagai ahli CSA untuk sesi 2023/2024. Selamat bekerjasama dengan ARCUPM dalam setiap program.
CSA adalah kelab yang ditubuhkan oleh ARCUPM bagi membina kemahiran komunikasi, kepimpinan serta kesukarelawan kepada pelajar. Kemahiran yang diterapkan penting untuk melahirkan graduan yang berkualiti untuk negara, bangsa dan agama. Kelab ini juga mewujudkan hubungan rapat pelajar dengan alumni. CSA merupakan perantara antara ARCUPM dengan kolej kediaman, fakulti dan universiti yang sedikit sebanyak membantu dalam menyampaikan maklumat mengenai program yang dijalankan oleh ARCUPM terutama berkaitan alumni.
Tarikh Input: 09/11/2023 | Kemaskini: 24/12/2023 | shahirahalia
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor