Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG, 25 Ogos - Pusat Perhubungan Alumni telah mengadakan lawatan penanda aras EKSA ke i-PUTRA dalam usaha memantapkan pembudayaan EKSA di Pusat perhubungan Alumni UPM (ARCUPM).
Lawatan yang bermula pada jam 3.00 hingga 5.00 petang itu disambut oleh Penolong Pendaftar Kanan merangkap Ketua Seksyen Jalinan Global, Puan Ida Suhaila Md Tahir. Seramai 14 orang staf ARCUPM telah turut serta dalam lawatan tersebut dan banyak input yang berjaya dikongsikan bersama dalam usaha memantapkan pengamalan dan pembudayaan EKSA di Pusat Tanggungjawab (PTJ) masing-masing.
Pengamalan EKSA di UPM adalah selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali ke-694 pada 29 Januari 2020 telah meluluskan penjenamaan semula pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S UPM kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bermula tahun 2021 untuk pelaksanaan semua PTJ di UPM. Pemakluman berhubung perkara ini telah dibuat kepada semua PTJ melalui surat bertarikh 13 Februari 2020.
Dengan membawa moto 'Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti' ke semua PTJ di UPM disarankan agar menghidupkan budaya EKSA di PTJ masing-masing. Untuk ke arah itu satu penilaian EKSA akan dilaksanakan dalam memastikan setiap menghidupkan budaya EKSA untuk ke arah kerja berpasukan yang lebih baik dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni.
Tarikh Input: 31/08/2022 | Kemaskini: 01/02/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor