LAWATAN EKSA DARI UTeM KE ARCUPM | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » LAWATAN EKSA DARI UTeM KE ARCUPM

LAWATAN EKSA DARI UTeM KE ARCUPM

Oleh : Adillah Anuar (Pelajar Latihan Industri, FBMK, UPM)   

Suntingan : Suziana Che Wil  

SERDANG, 10 November - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah menerima kunjungan lawatan penanda aras Ekosistem Kondusf Sektor Awam (EKSA) dari Universiti Teknikal Melaka (UTeM). 

Sesi lawatan bermula dengan ucapan alu-aluan oleh tuan rumah yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud.

Selaku tuan rumah, kehadiran pelawat dari institusi pengajian tinggi lain amat dialu-alukan untuk bersama-sama berkongsi idea dalam melakukan penambahbaikan kepada pengamalan EKSA untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih tersusun dan teratur.

Pengamalan EKSA di UPM adalah selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali ke-694 pada 29 Januari 2020 telah meluluskan penjenamaan semula pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S UPM kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bermula tahun 2021 untuk pelaksanaan semula PTJ di UPM. Pemakluman berhubung perkara ini telah dibuat kepada semua PTJ melalui surat bertarikh 13 Februari 2020.

 

Dengan membawa moto ‘Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti’ ke semua PTJ di UPM disarankan agar menghidupkan budaya EKSA untuk ke arah kerja berpasukan yang lebih baik dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni.

 

 

 

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 11/01/2023 | suziana.wil

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFCXA3~