Oleh: Suziana Che Wil
SERDANG - Forum Khas Alumni Mengangkasakan Alumni UA yang bersiaran di platform facebook live dan juga aplikasi ZOOM telah membincangkan cara dan bagaimana alumni sesebuha universiti awam hari ini boleh memaksimakan dan mengangkasakan peranan alumni UA itu sendiri.
Forum yang dihadiri oleh Pengerusi Persatuan Alumni USIM, Dr. Muhammad Iqmal Hisham Kamaruddin selaku moderator, Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia, LT. KOL. Nadzri Musnman (Alumni UnisSZa), Pengasas Ab Food Asia Sdn Bhd, Muhammad Zulfaqar Rosli (Alumni USIM) dan Ketua Pegawai Operasi UOR Food Industries Sdn Bhd (Alumni UMS).
Forum ini diadakan bagi menghangat dan memaknakan lagi bersempena sambutan Haru Alumni Universiti Awam 2023. 18 Julai telah pun digazetkan sebagai Hari Alumni UA sebagaimana mengikut kelulusan penubuhan Majlis Alumni Universiti Awam oleh Mesyuarat Sekretariat Timbalan-timbalan Naib Canselor HEPA bil 2/2020 di Universiti Malaya.
Mulai tarikh itu, setiap 18 Julai akan disambut sebagai Hari Alumni UA dan pelbagai aktiviti dan program yang diadakan dalam merancakkan sambutan dan sebagai tanda solidariti para alumni kepada Universiti masing-masing.
Selaku bekas pelajar yang telah banyak mengambil dan menerima manfaat daripada alma mater, seharusnya jasa baik itu dibalas dan diinagti dengan kembali berbakti dan menyumbang kepada alma mater.
Keprihatinan para alumni ini akan memberi banyak manfaat kepada Universiti khususnya kepada para pelajar. Bersama kita menjadi alumni yang prihatin untuk kelestarian pembangunan pendidikan tinggi negara.
Tarikh Input: 31/07/2023 | Kemaskini: 27/09/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor