DK ANIISAH TERHARU DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA PINGAT EMAS YAYASAN PAK RASHID | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » DK ANIISAH TERHARU DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA PINGAT EMAS YAYASAN PAK RASHID

DK ANIISAH TERHARU DINOBATKAN SEBAGAI PENERIMA PINGAT EMAS YAYASAN PAK RASHID

Oleh: Suziana Che Wil 

 

SERDANG - DK Aniisah Khoirunnisaa' PG Kamaluddin alumni Bacelor Sains Pertanian kelas 2023 telah dinobatkan sebagai penerima Pingat Emas Yayasan Pak Rashid yang ke-20  bersempena Majlis Konvokesyen UPM ke-47.

Sebelum ini seramai 19 orang pelajar cemerlang yang telah terpilih sebagai penerima antara hadiah utama Universiti pada setiap kali sidang konvokesyen berlangsung dan pada Majlis Konvokesyen kali ke-47, DK Aniisah Khoirunnisaa’ PG Kamaluddin telah dinobatkan sebagai penerima Pingat Emas Yayasan Pak Rashid.

Pada 13 Mac 2003, UPM telah meluluskan satu cadangan untuk mewujud dan menganugerahkan Pingat Emas Yayasan Pak Rashid sebagai Hadiah di peringkat Universiti bagi mengabadikan dan mengingati jasa Allahyarham Pak Rashid kepada UPM secara berterusan.

 

Anugerah ini diberikan kepada pelajar cemerlang yang memenuhi kriteria seperti mana yang telah ditetapkan untuk pertimbangan Jawatankuasa Hadiah Universiti. Bermula 2002 hingga kepada sesi alumni 2023 sudah 20 orang pelajar ataupun graduan yang telah dinobatkan sebagai pelajar cemerlang yang berjaya merangkul hadiah utama universiti menerusi Pingat Emas Yayasan Pak Rashid.

“Saya berterima kasih kepada semua jawatankuasa pemilihan dan kepada Yayasan pak Rashid atas penganugerahan anugerah yang cukup bermakna bagi saya ini. Selama empat tahun pengajian saya dan hari ini saya dinobatkan antara penerima hadiah utama ini memberikan satu nilai tambah kepada diri saya yang akan menerokai dunia baharu di luar sana. Kesempatan ini juga saya ingin berterima kasih kepada Pusat Perhubungan Alumni yang merupakan sekretariat utama bagi Yayasan Pak Rashid,” ujarnya.

 

Ybhg. Prof. Datin Dr. Kalthun Hashim, selaku Non Ex-Officio untuk Yayasan Pak Rashid turut hadir bertemu penerima anugerah bagi memberikan cenderahati dan kata-kata semangat untuk penerima anugerah.

Terdahulu penerima anugerah turut membawa pulang sebuah pingat emas, cek bernilai RM3000.00 dan sijil senarai penerima. Pusat Perhubungan Alumni mengucapkan selamat maju jaya dalam apa juga bidang yang diceburi dan selamat kembali berbakti kepada alma mater selaku Alumni UPM.

Tarikh Input: 28/11/2023 | Kemaskini: 19/12/2023 | shahirahalia

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXEbUAG~