Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini nik Hassan
SERDANG, 18 Okt - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah melalui pengauditan SIRIM 9001: 2015 dan Juruaudit yang dipertanggungjawabkan untuk mengaudit ARCUPM ialah, Encik Wan Khairul Anuar Wan Ali dan pegawai pemantau Puan Rita Anak Bajak dari Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) manakala pegawai pengiring dari ARCUPM pula ialah Puan Nik Hafzaini Nik Hassan dan Puan Sarah Rahim.
Sepanjang proses pengauditan berlangsung semua warga ARCUPM telah memberikan kerjasama yang baik dan berjaya menyediakan keperluan dokumen yang dikehendaki oleh Juruaudit sepenuhnya. Sesi audit yang berlangsung dari jam 9 pagi dan berakhir 4.30 petang berjaya dilepasi dengan lancar. Setiap dokumen yang dikehendaki berjaya diserahkan untuk semakan pihak auditor.
Prosedur pengauditan ini adalah prosedur biasa yang perlu dilalui dalam memastikan setiap jabatan dan PTJ mematuhi setiap piawaian yang telah ditetapkan dalam mencapai QMS Sirim 9001: 2015.
Tarikh Input: 31/10/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor