Audit Dalaman EKSA Siri 2 | Pusat Perhubungan Alumni
» BERITA » Audit Dalaman EKSA Siri 2

Audit Dalaman EKSA Siri 2

Oleh: Nur Sara Hazeqqa Johari

Suntingan: Suziana Che Wil 

Serdang, 4 Jan - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) telah mengadakan audit dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) yang kedua. Pengauditan ini telah dinilai oleh Encik Sahrizan Mat Yatim, selaku penyelaras EKSA ARCUPM dan Puan Sarah Rahim selaku juru audit dalaman EKSA ARCUPM. 

Pengauditan ini dilaksanakan bagi menilai penambahbaikan yang telah dibuat dari setiap zon kawasan EKSA berpandukan kepada penilaian audit dalaman pertama yang telah dijalankan pada 26 September 2023 yang lalu. 

Audit Dalaman EKSA Siri 2 ini adalah untuk persediaan akhir sebelum penilaian EKSA oleh penilai luar bersempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) yang dijangka berlangsung pada Julai 2024. .

Audit Kendiri ini juga antara pemangkin kepada staf untuk mengharmonikan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif. Pembudayaan amalan EKSA ini juga dapat mewujudkan sistem kerja yang berorganisasi dan bersistematik.

ARCUPM antara Pusat Tanggungjawab (PTj) yang sentiasa menyokong dan sentiasa menambahbaik pembudayaan EKSA. Sokongan dan kerjasama daripada semua staf termasuk peringkat pengurusan telah membuktikan pada 2022, ARCUPM dinobatkan antara PTj terbaik dalam pengamalan EKSA. 

Menjadi harapan besar agar kejayaan lalu dapat dikekalkan dengan sokongan padu semua staf tidak kira peringkat jawatan. Kejayaan ini hadir adalah hasil kesepakatan dan kebersamaan semua.

Penambahbaikan sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa ke arah mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan selamat

Tarikh Input: 22/01/2024 | Kemaskini: 03/05/2024 | hazeqqa

PERKONGSIAN MEDIA

Pusat Perhubungan Alumni
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
+6039769 1017
0386566933
BXFDLAC~