Oleh : Adillah Anuar
Suntingan : Suziana Che Wil
SERDANG, 3 November - Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) menerima lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sekaligus merapatkan lagi hubungan silaturrahim sesama institusi pengajian tinggi.
Lawatan itu banyak memberi input dan penambahbaikan kepada pengamalan EKSA di ARCUPM sendiri. Sesi lawatan bermula dengan ucapan alu-aluan oleh tuan rumah yang diketuai oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Arba’ie Sujud.
Selaku tuan rumah, kehadiran pelawat dari institusi pengajian tinggi lain amat dialu-alukan untuk bersama-sama berkongsi idea dalam melakukan penambahbaikan kepada pengamalan EKSA untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih tersusun dan teratur.
Pengamalan EKSA di UPM adalah selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Universiti Kali ke-694 pada 29 Januari 2020 telah meluluskan penjenamaan semula pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S UPM kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) bermula tahun 2021 untuk pelaksanaan semula PTJ di UPM. Pemakluman berhubung perkara ini telah dibuat kepada semua PTJ melalui surat bertarikh 13 Februari 2020.
Dengan membawa moto ‘Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti’ ke semua PTJ di UPM disarankan agar menghidupkan budaya EKSA untuk ke arah kerja berpasukan yang lebih baik dan seterusnya mewujudkan persekitaran yang kondusif dan harmoni.
Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 19/01/2023 | suziana.wil
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor