Oleh : Suziana Che Wil
Suntingan : Nik Hafzaini Nik Hassan
SERDANG – 4 September 2021, Alumni UPM Kelas (2013), Jurusan Bacelor Komunikasi Korporat, Cheah Liek Hou telah mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo 2021.
Liek Hou yang telah beraksi dalam kategori SU5 (berdiri/ kemerosotan anggota badan atas), teruja untuk aksi pada kali ini apabila ini adalah kali pertama sukan badminton dipertandingakan di Sukan Paralimpik. Melihat keadaan positif daripada latihan, stamina dan bebas daripada sebarang kecederaan, awalnya beliau hanya mensasarkan untuk memenangi pingat perak, namun segera menukar sasaran untuk mendapatkan pingat emas.
Pemain yang berada dalam kedudukan rangking ke-2 pemain terbaik dunia itu telah buktikan semangat, iltizam, kegigihan dalam latihan telah membuahkan kejayaan untuk dirinya dan juga negara.
Pemain yang mendapat bimbingan daripada jurulatih tersohor negara iaitu, Datuk Rashid Sidek pernah muncul juara dalam Kejohanan Para Badminton Antarabangsa sebanyak enam kali berturut-turut sejak 2019 sehingga 2021.
Seluruh warga UPM dan Pusat Perhubungan Alumni UPM (ARCUPM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah atas pencapaian dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2021 dan pastinya kejayaan ini lagi bermakna buat seluruh warga UPM dan Pusat Perhubungan Alumni kerana tahun ini juga merupakan tahun istimewa iaitu Sambutan Perayaan Jubli Emas 50 Tahun UPM (1971-2021).
Tarikh Input: 30/09/2021 | Kemaskini: 30/09/2021 | hafzaini
Aras Bawah
Bangunan Pejabat Timbalan Naib Canselor
(Penyelidikan dan Inovasi)
Universiti Putra Malaysia
Off Lebuh Silikon
43400 UPM Serdang, Selangor