11 Mac 2021 (Khamis) 3.00 petang - Pusat Perhubungan Alumni UPM telah mengadakan satu perkongsian ilmu dengan menjemput Dr.Nazira Sadiron (Alumni Kelas 2015), Pengarah Agensi Antidadah Kebangsaan Negeri Selangor, Kementerian Dalam Negeri. Sesi perkongsian kepakaran selama satu (1) jam ini sangat bermanfaat dalam mengenali punca dan kesan penagihan dadah yang dimulai demi keseronokan tetapi akhirnya ke kancah kesengsaraan.
Seramai 258 orang peserta telah mengikuti sesi perkongsian ini secara dalam talian webex dan turut diadakan secara penstriman langsung di Facebook Pusat Perhubungan Alumni.
Kami merakamkan ucapan terima kasih di atas kesudian Dr. Nazira Sadiron dan para peserta dalam menjayakan program ini.
Tarikh Input: 19/03/2021 |
Kemaskini: 19/03/2021 | msahrizan
PERKONGSIAN MEDIA