| Pusat Perhubungan Alumni

7-8 Jun 2018: Mawaddah Ramadan bantu pelajar asnaf UPM

 

SERDANG, 7 Jun 2018 – Mawaddah Ramadan merupakan satu projek khas Pusat Alumni UPM sepanjang bulan puasa yang mana projek ini melibatkan pemberian juadah berbuka kepada pelajar asnaf UPM. Kemurniaan tradisi ini tentunya secara tidak langsung dapat merapatkan hubungan ukhuwah sesama manusia di samping menyemarakan perasaan saling bantu membantu dan kemurahan hati. 

Pusat Alumni berbesar hati merakamkan ucapan terima kasih kepada para penderma yang terdiri daripada alumni UPM yang dermawan antaranya Total Eco Solutions, Geno Asia Sdn. Bhd, Kenangan Investment Sdn. Bhd., Siantan Wangi Sdn. Bhd., CLA Empire Sdn. Bhd., Bintara Solutions Sdn. Bhd., Dato’ Rozalila Abdul Rahman and Chapter Ex-Diploma Science 82/83.

SXDcTAj~